The Preparation

 

Semalam kami pergi ke Jakel, Jalan Tar, KL untuk memilih material. Pada awalnya just nak survey-survey je. Tapi lepas Cik Dya berkenan dengan satu France Lace kat situ, terus letak deposit. Dalam 2-3 jam jugak la pilih material yang bersesuaian dengan tema majlis kitaorg nanti.

Cuma 1 set je yang kami dapat buat pilihan. 1 set lagi kene mintak suggestion dari designer kitaorg ; Aleng Tohara. Lebih kurang jam 5.00 petang kami tiba di House Boutique Aleng di Seksyen 23, Shah Alam. Kene tunggu lebih kurang 30 minit disebabkan Aleng ada sesi consultation dengan client yang lain. Actually kitaorg yang lambat sebenarnya..janji before kul 4.00pm, tapi sampai kul 5..mmg padanla ngan muke kitaorg.Nasib baik ada bwk bekal KitKat! So berehat sebentar bersama KitKat! Sesi consultation kami dengan Aleng berakhir pada 7.30 pm. Rough sketches berjaya diilhamkan oleh Aleng. Sangat-sangat menarik! Menepati cita rasa kami berdua. Insyaallah kami akan consult lagi dengan Aleng pada next month =)

 

 

 

ChatClick here to chat!+